Sunday, August 14, 2016

Kalambi

Seni kerajinan Kalambi berasal dari Kalimantan Barat. Ada kalimat “putih helai 1 (satu) kalambi” artinya kain putih satu helai dan baju. Keindahan pakaian kaum etnik dari Sarawak terserlah dengan ragam hias yang mempamerkan kemahiran tangan yang menghasilkannya. Ragam hias pakaian membentuk motif-motif etnik sam ada dari tenunan, jahitan manic dan labuci. Perhiasan diri dari perak dan manik yang sarat melambangkan status dan kekayaan bagi pemakainya. Pakaian suku kaum iban, pakaian kaum wanita. Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua ajenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan. Potongan kalambi sangat ringkas iaitu terdiri daripada sebidang kain segi empat bujur yang dilipat dua. Sisinya dicantumkan dan ditinggalkan ruang untuk lubang lengan atau ambungan lengan. Panjang kalambi berbeza-beza iaitu ada yang separas punggung dan ada yang labuh hingga kelutut.Kalambi ditenun dengan segala macam motif yang indah.Terdapat kalambi yang dihias dengan jalur-jalur yang indah danada pula kalambi yang dihias dengan jalur-jalur dan setengahnya pula dipenuhi dengan figura-figura roh dan binatang.

Fungsi
Pakaian tradisional masyarakat Bidayuh. Baju upacara orang Maloh dari Kalimantan Barat.Kalambi dipakai oleh lelaki dan wanita Iban ketika upacara tertentu sahaja. Kalambi yang dipakai oleh pahlawan juga dilapiskan dengan kekabu sebagai pertahanan.
Gambar:



Corak Warna
Warna hitam adalah warna utama dalam pemakaian masyarakat Bidayuh. Bagi Kaum wanita masyarakat Bidayuh, pakaian lengkap adalah termasuk baju berlengan pendek atau separuh lengan dan sepasang kain sarung berwarna hitam paras lutut yang dihiasi dengan manik manik halus pelbagai warna disulami dengan kombinasi warna utama iaitu putih, kuning dan merah. Tudung kecil separuh tinggi dengan corak anyaman yang indah atau penutup kepala daripada kain berwarna warni dengan sulaman manik halus adalah pelengkap hiasan kepala wanita masyarakat Bidayuh.Kaum Lelaki masyarakat Bidayuh pula lazimnya mengenakan sepasang persalinan berbentuk baju hitam separa lengan atau berlengan pendek dengan sedikit corak berunsur flora dan seluar hitam atau cawat yang berwarna asas seperti biru, merah dan putih. Kain lilit kepala pula adalah pelengkap hiasan kepala kaum lelaki masyarakat ini.

Teknik dan Bahan
Baju adat perempuan dari daerah Kapuas Hulu ( Kalimantan Barat) yang seluruhnya terbuat dari biji manik-manik, keong laut dan lonceng2. Sebuah produk kerajinan tangan yang sangat " sempurna" ; diperlukan waktu sekitar 4 s/ d 6 bulan untuk menyelesaikan 1 set baju tersebut. Bahan yang dipakai terdiri dari kain yang dibeli, manik, squin, yakni manik pipih yang kecil dan mengkilat, dan lonceng kuningan.

Ada kalambi yang menggunakan kain yang ditenun dengan cara ikat. Kain ini bermotifkan jalur-jaluran yang menegak, figura manusia dan burung. Semua motif tersebut ditenun dalam bentuk geometrik. Hujung kalambi hasil tenunan ikat ini pula dibiarkan berjumbai, berpintal atau dihias dengan karangan manik.



No comments:

Post a Comment